Connect with us

Anita Sarawak

Bawalah Daku Pergi – Anita Sarawak

Rindu, rindu daku saat ini
Ingin jumpa bertegur sapa
Tiada, tiada rasa lebih indah
Bila engkau tersenyum manja

Bawalah daku pergi
Dari gelisah ini
Bawalah daku pergi
Dari sepi hati ini

Bawalah daku pergi
Setulus hati yang suci
Bawalah daku pergi
Biar mati pun ku jalani

Jauh, jauh terasa di hati
Bila engkau tiada di sini
Syahdu, syahdu ucapan mu kasih
Tunggu jika dikau mengungkap kata

READ  Lodeh Mak Lodeh - Anita Sarawak
Continue Reading

Anita Sarawak

Bisikan Cinta – Anita Sarawak

Lautan luas ku seberangi
Ombak dan badai ku harungi
Demi cinta ku hanya untukmu
Engkaulah seri dalam hidupku

Gunung yang tinggi ‘kan ku daki
Lembah dan lurah ku harungi
Mati pun aku rela berkorban
Asalkan kau setia selalu

Walau kini jauh
Kesetiaan ini hanya untukmu
Berjuta godaan takkan mampu

Bisikanlah cinta
Lewat angin malam
Agar hidup ini
Bukan dalam mimpi

Malam-malam sunyi
Bayang-bayanganmu
Selalu dalam mimpiku
Berjuta harapan ku nantikan

READ  Kisah Kawanku - Anita Sarawak
Continue Reading

Anita Sarawak

Tragedi Buah Epal – Anita Sarawak

Kau merah sangatlah mengghairahkan
Dan kadang hijaumu lugu
Padamu telah tercipta
Denyut getaran hidup
Seirama dalam dunia

Dalam dunia

Kau menggoda setiap insan
Yang menatapmu berbeban harap
Anggunmu dan sombong
Congkaku seketika
Melupakan kodrat kehidupan
Oh duniawi

Mungkin kau belum merasa gelisah
Dan terlepas dari rasa ragu
Namun dirimu itu tersimpan jua
Seribu tanya seribu sapa

Dan saatnya kini kau pun pasrah
Di sisi kilau sebilah belati
Tak berdaya lupakan dirimu
Hanya tuk sekadar pelepas dahaga

Oh tragedi
Oh sungguh pilu
Kesemuan yang membius diri

READ  Joget Sayang Di Sayang - Anita Sarawak
Continue Reading

Anita Sarawak

Seksis – Anita Sarawak

Bila ku bersuara… kau kategorikan sebagai meleter
bila kau tercabar… sebelum bertarung pun ku dah kau singkir
tika di jalanan… cermat ke cuai
stereotype lady driver
bila tunjuk pandai… lagakmu hebat
mengalahkan seorang professor

Oh mana keadilannya
balik-balik kita saja terkena
dahulu hingga kini
kau memonopoli… cuba menguasai
duniaku ini… oh mana aci

Jangan pandangku sebelah mata
hanya kerna namaku wanita
walau ada kelemahannya
engkau pun apa tidaknya
jangan pandangku sebelah mata
nanti kejantananmu tercabar
takkanku menyerah kalah
kerana matamu berat sebelah
kelemahanmu akan ku tepis
selagi persis….. (?)

Pabilaku ramah… manis lidah
kau tuduhku perempuan murah
namun bila kau menutup helah
katamu mengikut sunnah
andai keharmonian rumahtangga (?)
jangan harap ucapan tahniah
hujung bulan tiba… ku tuntut nafkah
kau buatku macam peminta sedekah

Oh mana keadilannya
balik-balik kau juga juara
asyik kita beri saja (?)
melayan takhta… siang malam buta (?)
dan penuh setia… bagaikan raja (?)

READ  Kisah Kawanku - Anita Sarawak
Continue Reading