Connect with us

Siti Nurhaliza

Canggai – Siti Nurhaliza

Canggailah kanan hai derik kanan berderik
Melangkah anak ular berbelit kaki alahai
Andai tersalah langkah lekas mencari arah
Lah inang uleknya inang

Canggailah kiri hai derik kiri berderik
Bagai melangkah bayam menabur bayam alahai
Andai tingkah bercanggah canggai lengan diubah
Lah inang uleknya inang

Ala inang ala inang ala hai
La ulek ya ulek sayang
Lenggoknya alahainya inang berpasang-pasangannya
Hai melangkah ke kiri dan ke kanan

Ala inang ala inang ala hai
La ulek ya ulek sayang
Eloknya alahai tarinya berpusinglah berpusing
Hai sekata ke kanan dan ke kiri

Hai eloknya hai indahnya tarian gemalai
Tarian di kaki bercanggai
Hai eloknya hai menawan hai lenggangnya
Berlenggok tarian di kaki bercanggai

Canggailah lama hai derik tidak berderik
Canggai tersimpan sisip cucurnya atap alahai
Sepakat dan bersantun inang tari menyusun
Bagaikan sirih dijunjung

Inang gemalai inang di julai
Bagailah nan terongkai kata berangkai
Madah berbungkal belum tercanai
Bagailah nan mengusap bahasa berungkap
Kata berhajat yang belum tersurat

READ  Gelora Kasih - Siti Nurhaliza
Continue Reading

Siti Nurhaliza

Lela Manja – Siti Nurhaliza

Mengapalah nasib
Adikku manja
Apalah nasib
Jadi begini
Menanggung seksa
Adikku manja
Menanggung seksa setiap hari

Mak tak ada (2x)
Ayah tak kembali
Adikku manja
Mak tak ada
Ayah takkan kembali
Aduhailah manja azabnya kita
Dibuat mak tiri

Kalaulah ada adikku manja (2x)
Kalaulah ada emak sejati
Tentulah kita adikku manja
Tentulah kita tak jadi begini

Dimaki dihamun (2x)
Setiap hari
Adikku manja
Dimaki dihamun setiap hari
Aduhailah manja dibuat seperti hamba abdi

READ  Engkau Bagaikan Permata - Siti Nurhaliza
Continue Reading

Siti Nurhaliza

Tak Rela Berpisah Darimu – Siti Nurhaliza

Hujan turun gerimis di saat kedinginan
Menimpa jendela hati ini
Tak dapat ku tahan… perasaanku

Sungguh takku mengerti mengapakah begini
Tiada maksudku menyakiti
Hatimu itu oh sayang… maafkanlah

Kasih… hanya kau di hati
Usah biarkan hatimu terasa cemburu
Kasih… hanya ku pinta pengertianmu
Telah sekian lama kita bersama sayang

Apakah lagi yang kita cari
Apakah lagi yang kau harapkan
Lamanya ku menanti untuk hidup denganmu
Oh kasih…

Sayang, ku ingin kita bersama
Melayari lautan cinta
Ku bina mahligai
Di persada asmara kasih kita

Biarpun dugaan tiba
Kita kan tempuh bersama
Tak rela berpisah dari mu
Ooo…

READ  Kedamaian - Siti Nurhaliza
Continue Reading

Siti Nurhaliza

Berpantun Kasih – Siti Nurhaliza

Berdendang hamba nak berdendang
Hai sepantun kitalah bersama
Sama rentak gendang bertingkah
Tapi tak sama alun suara

Berdendang hamba nak berdendang
Hai senandung nak dara merindu
Alun hamba sekadar lalu
Tidak sedikit menyentuh dihati

Mana kasih sehangat mentari
Mana cinta yang semanis dulu
Mana janji bak tersimpul tali
Mana budi yang sebaik laku

Jauh hamba rindu hambalah dirindu tuan
Bila dekat mengapa diam sahaja
Kalau sudah dibenci hamba dibenci tuan
Lagu berkasih cinta terpilih
Layu pagi seruas jari

Berdendang hamba nak berdendang
Hai sepantun kasih tak sudah
Mengenang bukanlah mengenang
Ingin mencari di mana silapnya

READ  Sendiri - Siti Nurhaliza
Continue Reading